
Dengan musnahnya cengkaman Mahathir Khalid sebagai nakhoda UMNO KEDAH, maka talian hayat UMNO KEDAH kembali bersambung.
Mahathir Khalid telah melakukan terlalu banyak kemusnahan pada UMNO KEDAH sehinggakan UMNO KEDAH dilihat terlalu kotor dan hina sekali. Perlakuan Mahathir Khalid sejak memimpin UMNO KEDAH amat buruk dan jelak pada mata rakyat.
Mahathir Khalid dilihat lemah serba serbi, lemah pemikiran dan tindakan, tidak intelek, tidak berwawasan, pentadbiran yang maha lemah sekali.
Mahdzir Khalid patut bersara sepenuhnya dari politik dan bolehlah menumpukan sepenuh perhatian untuk menyiapkan istananya yang tersergam indah itu. Rakyat muskil dimana Mahdzir Khalid cekau duit sebanyak itu membina istanya.
SHAFEI AFDAL mempunyai masa untuk memperbaiki rumah UMNO yang sudah hampir tumbang itu. Yang jelas jangan sekali kali berkroni dan bercakap soal politik UMNO sahaja. Pastikan tindakan bersandarkan kepada kepentingan rakyat keseluruhan tanpa mengira kiblat politik.
SELAMAT BERJUANG..